Amanat dari Wak Ketari

Wak rasa mesti korang tahu kenapa syarikat luar buka cawangan (melabur) di Malaysia antaranya ialah:

* Kestabilan politik
* Luar lingkaran gempa bumi
* Manpower yang harga sederhana (tak murah jika dibanding negara lain)

Kalau diikutkan logik, Filipina yang majoriti rakyat berbahasa Inggeris lebih kuat berusaha, Manpower yang sangat murah dan juga ada area yang tak terlibat dengan bencana alam. Membezakan kita dan mereka ni, cuma Kestabilan politik.

Kalau sekitar 20 tahun lalu, kita menghadapi ancaman komunis dan isu pendatang haram yang menggugat keamanan negara, namun kini trend itu sudah berubah kepada jenayah siber .

Apa yang wak nak tekankan disini ialah Etika ketika mengodam. mungkin ada yang beranggapan kesan aktiviti menggodam ini tidak terlalu besar pada negara dan rakyat Malaysia. Tapi hakikatnya kerajaan malaysia memandang serius terhadap aktiviti ini kerana amat jelas kesanya pada ekonomi Negara. Pelabur asing sudah tentu tidak berminat melabur sekiranya Malaysia huru-hara dan ini akan menjejaskan peluang pekerjaan sekiranya fenomena ini berterusan.

Baru-baru ini seperti yang kita semua tahu yang Anonymous telah menyerang Laman web Kerajaan dan berita ni mengegarkan 1 Malaysia..



Di sini wak nk tanya kalau orang nak serang Malaysia, apa patut kita buat ?

* Menjadi pejuang – bersama mempertahankan Malaysia?
* Menjadi penderhaka – bersama usaha menjahanamkan Malaysia?

Itu pun dah jadi penderhaka, apatah lagi kalau mempermainkan maruah Agong .
Jadi renung-renungkanlah.

Bayangkan jika 400 Student DF mengodam laman system syarikat tempatan, melakukan DDOS attack, Deface, rasaya apa akan jd pada Malaysia? Apa perasan rakyat Malaysia? Apa perasaan pemimpin kita? Apa perasaan pejuang-pejuang bangsa kita? Wak rasa org luar yang nk menjahanamkan Malaysia seronok melihat Malaysia diJahanamkan oleh rakyatnya sendiri.

Bila Malaysia dah hancur syarikat-syarikat luar dan pelabur asing akan lari dari Malaysia. Maka kesanya akan timbul pada rakyat Malaysia kerana kehilangan pekerjaan.

Bayangkan contoh , dengan porak peranda semua ni, syarikat asing seperti Daihatsu(perodua) bercadang untuk memindahkan kilang mereka ke negara jiran.

* Ribuan pekerja Daihatsu akan mengganggur
* Ratusan kilang sub yang mewakili ribuan lagi pekerja akan kehilangan mata pencarian
* Peniaga kantin kilang akan hilang mata pencarian
* Peniaga nasi lemak di depan kilang akan hilang mata pencarian
* Pengusaha van kilang akan hilang mata pencarian
* Pengusaha kedai runcit akan hilang mata pencarian
* Peniaga kereta & motor akan hilang mata pencarian
* Bengkel kereta & motor akan hilang mata pencarian
* Jutaan pekerja yang terlibat akan hilang mata pencarian
* Anak anak pekerja yang terlibat akan mewarisi kemiskinan
* Jenayah akan meningkat, menjadikan Malaysia bukan lagi negara aman.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Secara asasnya, hal porak peranda ni akan melumpuhkan ekonomi, dan tiada siapa yang untung dalam hal ini (melainkan negara asing yang sangat suka kalau Malaysia porak peranda)

Yang tinggal, cuma tugas kita untuk diri kita sendiri, memperbaiki diri sendiri dan PILIH samada anda ingin menjadi PENGKHIANAT atau PEJUANG Negara..

renung2kanlah

Yang benar
Wak Ketari
DragonForce Recruitment Team
Bangsa Melayu against Bangsat Melayu


0 comments:

Post a Comment

Credit to: | DragonForce Malaysia | DF-Monster | DF-Media | DF-Army | DF-Trooper | Baby-DF |